? ??????????????Drifting Away? ????? ?? ???Rating: 4.7 (3 Ratings)??793 Grabs Today. 1250 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Throwback? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??829 Grabs Today. 1365 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Up Close? ??? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, June 3, 2010

Muhasabah Diri


PESANAN ULAMAK:

1: Malaikat Raqib dan A'tid menulis apa yang dituturkan oleh kamu,oleh itu maka
pastikan olehmu hanya bercakap tentang perkara-perkara yang dapat mengembirakan
kamu dihari kiamat seperti zikrullah dan sebagainya.

2: Kubur kita telah disediakan sedangkan kita masih belum bertaubat,alangkah baiknya
kita dapat bertaubat sebelum kubur kita dibina.

3: Ya ALLAH!!!sesungguhnya kamu telah mengurniakan ISLAM kepada kami tanpa kami minta
maka janganlah kamu menghalang kami dari memasuki SYURGA sedangkan kami memintanya

4: Khalid Bin Ma'dan berkata..
"Setiap hamba mempunyai dua mata dimukanya yang dia dapat melihat urusan dunia
dengan keduanya,dia juga mempunyai dua mata hati di dalam hatinya yang dia dapat
melihat urusan akhirat dengan keduanya,maka apabila Allah menghendaki kebaikan
untuk hambanya dia akan membuka dua mata yang ada di dalam hatinya lalu dia dapat
melihat janji-janji Allah yang ghaib dan apabila Allah menghendaki perkara yang
lain dia akan membiarkannya begitu sahaja"

Kalau Allah memberikan petunjuk dan hidayat kepada orang yang dikehendakinya maka
orang tersebut akan berubah hidupnya ke arah kebaikan dan dan mencari redha Allah,
Tetapi kalau Allah tidak memberi petunjuk dan hidayat,maka orang tersebut hidup
dalam kerugian,kelalaian dan kefasikan..Bermohonlah agar kita termasuk di dalam
kalangan orang-orang yang diberikan petunjuk dan hidayah dari Allah..mudah-mudahan
selamat hidup dunia dan akhirat.

5: Berkata Saidina Umar r.a
"Hisablah diri kamu sebelum ia dihisabkan,timbanglah diri kamu sebelum ia
ditimbangkan,kerana sesungguhnya ringanlah hisab kamu esok apabila kamu
menghisabnya pada hari ini dan bersedialah kamu untuk perhitungan kerana pada hari
itu dibentangkan segala amalan kamu dan tidak ada yang dapat disembunyikan"

Pada hari tersebut segala anggota tubuh badan akan menjadi saksi di atas segala
perbuatan kita di dunia.Kalau baik amal maka ringanlah hisab kita tetapi sekiranya
buruk amal kita maka tidak ada masa lagi untuk kita mengubahnya kecuali mendapat
azab dari Allah.

6: Fudail bertanya kepada seorang lelaki,"Berapakah umur kamu?" Lelaki itu menjawab,
enam puluh tahun,Fudail berkata kepadanya,"Dah enam puluh tahun kamu berjalan
kepada Allah,barangkali kamu hampir sampai."

Sekiranya kita sudah hidup lebih separuh abad,maka berkira-kiralah untuk
menginsafi diri kerana kita sudah hampir untuk menemui Allah dan melangkah
meninggalkan dunia yang sementara..

7: Berkata nabi Isa Ibni Mariam a.s
"Aku hairan kepada tiga golongan manusia: 1)Orang yang lalai sedangkan dia tidak
pernah dilalaikan. 2)Orang yang panjang angan-angan dengan dunia sedangkan mati
sedang mencarinya. 3)Orang yang membina istana sedangkan kubur adalah tempat
kediamannya yang abadi."

Tuesday, May 11, 2010

"Perjalanan"

Salam....

Dah seminggu tak bukak blog...bukan apa minggu lepas ana
pegi makan angin kt Kelantan...

Selalunya orang yang pegi makan angin kt negeri orang nie suka nak tengok permandangan dan shopping2 tapi jarang yang pergi dengan niat untuk menuntut ilmu atau melihat dan mensyukuri nikmat dan kebesaran tuhan.....

Sukar untuk kita mensyukuri nikmat udara,nikmat penglihatan,nikmat pendengaran..dan lain2 lagi...lebih2 lagi nikmat kesempatan untuk untuk hidup di atas dunia ini.... Berapa ramai yang menginsafi kekurangan diri,berapa banyak amal yg kita telah buat, berapa byk harta telah diinfakkan ke jalan Allah??Dan berapa byk dosa yang telah kita buat sama ada melebihi amalan yang kita buat....yg pasti dalam hidup seharian sudah tentu senang untuk membuat dosa tetapi sukar untuk membuat pahala... Tetapi tidak sukar kepada orang sudah sebati dalam hidupnya mengabdikan dan menghambakan diri ke jalan Allah...

Apabila di beri peluang dan kesempatan insafilah keadaan diri dan berubahlah untuk kebaikan yang hakiki dan jangan sampai kita lepaskan peluang ini takut-takut kiranya peluang kali kedua tidak akan datang lagi...walauapapun yang penting dan harus kita tahu Allah sentiasa memberikan seluas-luasnya peluang untuk kita bertaubat dan Allah menerima taubat kepada hamba-hambanya walaupun kita senang untuk berbuat dosa kepadanya....Sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan maha penyayang........

Wednesday, April 28, 2010

Muhasabah Diri


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.


Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,

Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.


Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,

Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.


Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,

Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.


Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,

Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.


Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,

Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.


Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,

Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.


Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,

Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.


Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,

Fikirkan tentang pengangguran,

orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.


Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,

Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.


Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,

Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup

Tuesday, April 27, 2010

ADA APA TENTANG CINTA


SAJAK: ADA APA DENGAN CINTA?

Bismillahirahmaniirahim.

Cinta.
dihidupkan rasamu di jiwa manusia.
yang mana hempedu bisa bertukar menjadi madu.
yang mana derita bisa menganti bahagia.
yang mana cuka mengolah gula.

Betapa hebatnya cinta?
sifat yang diperturunkan dari yang Esa.
menjadi penawar segala sendu dan duka.
bila kau sakit,kau merasa suka.
bila kau perit,kau merasa redha.
bila kau tersepit,kau merasa lapang dada.
CINTA.

Siapa bilang cinta antara manusia itu haram?
"tidak beriman manusia selagi ia tidak mecintai saudaranya sendiri"
"cinta saudara ibarat kembar serasa.dicubit peha kiri akan berjangkit peha kanan"

Cinta ini pusaka.
warisan Rassullulah.
kerana cintalah mencantum ribuan jiwa pejuang-pejuang agama.
bersatu menadah harta,masa demi kalimah Allah.
perjuangan mana mungkin disapa kemenangan selagi dipusarannya tiada cinta?

Cinta itu suatu kuasa dalaman.
bisa menunduk hati-hati singa.
bisa menjinak ngauman naga.
bisa menghindar nyalaan neraka.
seperti leburnya umar kerana cinta kasih Rassullulah.

CINTA itu adalah ketaatan.kepatuhan dan kerelaan.
yang memerlu komitmen jiwa seluas lautan.
kandungannya buih-buih pengorbanan.
sanggup mendahului,sanggup dibelakangi.

Mahukah aku ajar engkau cinta hakiki?

C-cinta
I-itu
N-nista
T-tanpa
A-Allah

Bagaimanakah yang disebutkan cinta ADA Allah?
berjuang.berjuang.berjuang.
mujahadahtuhnafsi.
cintamu ada disetiap mata-mata anak fakir!
cintamu ada disetiap harapan-harapan jahil!
cintamu ada disetiap pelusuk sandaran pendosa!

Bagaimanakah yang disebutkan cinta tanpa Allah?
berpelukan.
berciuman.
berpegangan.
bergeselan.
sms tanpa henti.panggilan secara marathon.i love u,i miss u yang menaikkan syahwat.

Inilah dia namanya cinta NAFSU sesama lelaki dan wanita ajnabi.
enak memang enak.
cuma mari coba fikir sejenak.
timbang dulu mudarat dan manfaatnya.
sebab itu Tuhan bagi engkau akal untuk menangani soal-soal keputusan.
"kalau aku bercinta dengan si polan,maka apa manfaatnya yah?oh mungkin ada orang caring,ada orang sayang,ada orang ambil berat...tapi eh eh, kalau aku bercinta maka itu maknanya aku menghalalkan zina..cinta ini bahaya, bisa-bisa aku terpedaya.apatah lagi silelaki zaman sekarang sikapnya banyak buaya.

"Pastu,kalau aku bercinta pastinya dia meminta-minta.mula-mula minta kuku,pastu jari,pastu kaki pastu betis pastu peha..aih?silap-silap aku yang diratah-ratahnya.paling malang kelak aku dibikin jualan langsung sama kawan-kawannya.maka apa jadi sama aku waktu itu?dan oh!aku kandung anak luar nikah?apa kata orang-orang kampung?ah pasti ibu bapaku malu, dimana aku lari waktu itu membawa sebuncit perut?lalu lahir saja aku buang ditepi jalan padahal itu bukan mahuku?lalu apa lagi selepas itu?keluargaku sengsara..aku pula tak tentu arahnya akhirnya menjadi pelacur sepanjang masa.Allahu Robbi...betapa panjangnya mudaratnya lebih dari manfaat yang ada"ujar hati kecilku lagi.


Oh jangan silap.
cinta tidak haram.ada saja cinta halal.
dan itu yang diistilah cinta IBADAH.
kalau ibadah balasannya apa?
PAHALA
REDHA Allah
kalau Allah sudah redha maka apa jaminan engkau?
SYURGA.
waaaaaaaah tanpa perlu bayar apa-apa tiba-tiba dapat TING!syurga!syurga!
ayuh siapa mahu masuk neraka?engkau kah?

Apa itu cinta ibadah sesama lelaki dan wanita ajnabi?
pabila ia diteduhkan dalam sebuah istana nikah.
pastinya disaksikan oleh mata-mata keluarga.
dibayar cintanya bermahar redha penjaga.
akhirnya menjamu cinta bersama sekelumit rasa dengan yakin.

Lagi sekali, apa pilihanmu?

Jangan sempitkan mindamu.
memikir cinta ini hanya bisa tumbuh diantara lelaki dan perempuan AJNABI.
kenapa yah?
adakala cinta kekasih gelap itu bisa-bisanya mengatasi cintanya kepada ibu bapanya?
buktinya itu apa sanggup lari rumah?membuntuti si buaya?

Hai..
aku ini orangnya cepat benar jatuh cinta.
melihat engkau berwajah sengsara, aku cinta.
melihat engkau berbaju kotor, aku cinta.
melihat engkau diam terpana, aku cinta.
dari cinta...terbitnya kasihan..
dari cinta...terbitnya pertolongan..
dari cinta..terbitnya keikhlasan...
dari cinta..terbitnya tangisan...
dan dari cinta...terbitnya persaudaraan..

Dan cinta sebenar-benar cinta..
jika benar engkau ingin menjelajahi cinta.
"sanggupkah engkau mencintaiku tanpa sebab keduniaanku?"
bisakah?adakah?

Rassullulah....
engkau mencintai kami bukan kerana dunia..
engkau mengorbankan masa dan keringat..
engkau menahan tomahan.cacian dan najis-najis demi kami..
sedangkan ya Rassullulah kepada engkau telah dijaminkan syurga dan kekasih Allah.
dan engkau tiada menuntut bayaran apa-apa diatas lakaran-lakaran sejarah perjuanganmu.
kerana cintamu ya Rassullulah...
islam sampai kepada kami hari ini...*nangis*
kerana cintamu ya Rassullulah..
kami dipilih menjadi tetamu syurga..

Ya Rassullulah...
Ya Rassullulah...


Jika engkau ingin melihat Rassullulah..
maka pandanglah wajah ibumu..
cintanya menyamai cinta Rassullulah..
mencintaimu tanpa sebab-sebab dunia..
melahirkanmu tanpa alasan-alasan kesakitan..
dan jika engkau ingin melihat Allah..
maka pandanglah sejarah Rassullulah..
didalamnya terhimpun segala macam tanda-tanda kecintaan-NYA


Muslimin muslimat..
bagaimana bisa engkau merayu siang dan malam dijodohkan dengan manusia idaman sehingga engkau lupai jodohmu yang telah akrab?kita sudah bernikah lebih awal dengan "Allah" sewaktu dirahim sana.perjanjian maut.perjanjian keramat.

Buat panduan semua di dalam bercinta dan mencari cinta yang hakiki
Dicatat oleh Hurul Ummi............

Monday, April 26, 2010

Berkat Membaca "BISMILLAH"

"Kisah borak syaitan kurus dengan syaitan gemuk"


Kisah bermula di suatu desa,telah bertemu dua ekor syaitan yang baru balik dari menziarah penduduk bumi.Yang seeokor tu gemuk kerana kekenyangan manakala yang seekor lagi kurus kelaparan.Maka mereka berdua berbual tentang apa yang terjadi ke atas mereka sebelum mereka bertemu:


Syaitan gemuk bertanya kepada syaitan kurus,"Wahai sahabatku kenapa kau kurus sedangkan dahulu aku nampak kau gemuk macam aku?"


Lalu berkata syaitan kurus kepada syaitan gemuk,"Kau tahu gemuk..Aku selalu duduk bersama seorang lelaki yang sering membaca Bismillah, ketika keluar rumah dan masuk rumah,makan dan minum dan apa-apa perbuatan yang dilakukannya,dia sentiasa menyebut Bismillah,lalu aku sering kepanasan,kelaparan dan lari daripadanya.Oleh sebab ucapan tersebut,maka aku menjadi kurus macam ini"


Kemudian di tanya pula syaitan kurus kepada syaitan gemuk."Wahai sahabatku,dulu engkau gemuk,tetapi sekarang kenapa engkau jadi buncit"


Lalu syaitan gemuk menjawab,"Kau tahu kurus,aku terlalu rapat dengan seorang lelaki yang tidak pernah membaca Bismillah ketika keluar dan masuk rumah,ketika minum dan makan. Maka aku bersamanya ketika makan dan minum itu.Kadang-kadang dua tiga pinggan nasi pun tak cukup dilahapnya.Aku juga naik ke atas tengkuknya mengenderai dia seperti binatang.Oleh sebab itu hati ku rasa riang dan gembira."


Kesimpula dari cerita di atas,jangan lupa mengucapkan lafaz "bismillah" dengan penuh penghayatan dan ikhlas dalam apa juga perbuatan mudah-mudahan kita dilindungi oleh Allah dan kehidupan kita mendapat rahmat dan redha daripada Allah swt.Wallahuaklam


Sumber rujukan:"Safinatun Najah (Bahtera yang berjaya),10 perbahasan tentang bismillah"

Karangan asal Syeikh Salim Bin Sumair Al-Hadrami

Sunday, April 25, 2010

testing

60 Petua Mendapatkan Pasangan
Apr 24, 2010 General
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.